Dua rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BAITULMAQDIS - Tentera Israel menembak mati dua rakyat Palestin manakala seorang lagi cedera dalam satu insiden pertempuran di Ramallah, Tebing Barat pada Isnin, lapor agensi berita Anadolu memetik tentera Israel.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel mendakwa mangsa cuba menyerang anggota polis di bandar Kufr Nima utara Ramallah,

Setakat ini tiada pengesahan daripada pihak Kementerian Kesihatan Palestin berhubung perkara itu.

Punca kejadian belum dapat dipastikan.- Bernama

Artikel Berkaitan: