Tindakan hina Islam sudah dijadikan trend

A
A

Tindakan hina Islam sudah dijadikan trend

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan tindakan menghina Islam bukan lagi kes terpencil sebaliknya telah menjadi trend yang cuba membakar kemarahan umat Islam di negara ini.

Katanya, hal demikian kerana masih terdapat hantaran-hantaran di media sosial yang menghina Islam dilakukan oleh segelintir masyarakat bukan Islam.

Sehubungan itu, Mohd. Asri meminta masyarakat bukan Islam agar saling berpesan kepada rakan-rakan untuk beradab dan mengawal tingkah laku mereka," katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Kata Mohd. Asri, jangan kerana sikap biadab dan dendam kesumat maka saudara-saudari bukan Islam membakar negara aman yang telah lama kita bina. Jangan sampai yang dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.

Tegasnya, orang Muslim ini masih sabar jika dihina dirinya dan keluarganya tetapi mereka tidak akan bersabar lagi jika dihina Islam dan Rasul. Sayangi dan hargailah nikmat keamanan yang kita miliki. Pohon memahami keadaan.

Pas hanya sokong Mahathir jika ada usul undi tak percaya

Pas hanya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen.

Sebaliknya, bukan sokongan kepada Parti Bersatu, kata Naib Presidennya Datuk Amar Nik Abdullah.

Kata Amar, mungkin Mahathir sebelum ini salah faham ketika pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Putrajaya baru-baru ini.

Katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengurniaan bintang kebesaran bersempena ulang tahun ke-49 keputeraan Sultan Kelantan di Istana Balai Besar, hari ini.

Balu, dua anak tiri bekas CEO Cradle Fund, didakwa membunuh

Balu kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh suaminya, Jun tahun lalu.

Turut didakwa bersama Samirah Muzaffar,44, dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun serta seorang lagi masih bebas warga Indonesia.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa telah mencapai niat bersama- sama telah melakukan pembunuhan yang menyebabkan kematian ke atas Nazrin.

Samira dan bekas suaminya ditahan pada 4 Ogos bagi membantu siasatan itu manakala dua anak mereka ditahan pada 8 September.

Dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada leher Nazrin menyerupai kesan daripada anak panah. Anak-anak tiri Nazrin dilaporkan dipercayai mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Mayat lelaki dalam keranda terselamat dalam kebakaran van

Seorang pemandu van mayat dan seorang kelindan hanya sempat menyelamatkan diri selepas kenderaan dipandunya membawa mayat seorang lelaki di dalam keranda terbakar di persimpangan lampu isyarat Jalan Pintu Pong, Kota Bharu.

Kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan van berkenaan dan keranda tersebut terbakar hampir 100 peratus.

Difahamkan, pemandu van itu dalam perjalanan ke Wat Ariyakiri, Pauh Lima, Bachok dari bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab II bagi pengurusan pembakaran mayat.

Seorang saksi dikenali sebagai Chia, 43, berkata mungkin keadaan keranda yang agak tebal serta kecekapan bomba berjaya menyelamatkan mayat berkenaan dari terbakar di lokasi kejadian.

Bibi Ramjani kecewa disiplin pemain Kelantan

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan kecewa dengan tahap disiplin pemain pasukan Kelantan ketika menghadapi saingan Liga Perdana ketika ini.

Bibi Ramjani berkata walaupun pasukan Kelantan ketika ini diuruskan oleh Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd namun beliau berhak bercakap berkaitan masalah tersebut bagi kepentingan KAFA dan pasukan Kelantan.

Selepas empat perlawanan Kelantan hanya memperoleh empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Presiden wanita itu berkata walaupun KAFA ketika ini tidak mengurus secara langsung pasukan Kelantan dan hanya memberikan tumpuan kepada pembangunan namun aspek tersebut perlu diberikan perhatian oleh KRW.