ATM nafi gambar tular anggota tentera adakan bantahan

ATM
ATM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan anggota tentera memegang kain rentang dengan perkataan "Jangan Hina Nabi Kami" yang seperti yang dipaparkan dalam gambar yang tular di media sosial.

Markas ATM dalam kenyataan hari ini berkata gambar yang disebar itu dipercayai telah dimanipulasi dan dipalsukan.

“ATM amat kesal dengan penularan gambar di media sosial itu dan akan menjalankan siasatan sekaligus mengambil tindakan bersesuaian,” menurut kenyataan itu lagi.

Justeru ATM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan gambar berkenaan bagi mengelakkan salah faham di kalangan masyarakat dan tidak menjadikan ATM sebagai bahan propaganda negatif bagi memenuhi kepentingan peribadi mahupun kumpulan tertentu.- Bernama

Artikel Berkaitan: