Jawi benar akad nikah di semua masjid Kuala Lumpur, Putrajaya

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah dijalankan di semua masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Gambar hiasan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah dijalankan di semua masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah dijalankan di semua masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perkara itu diputuskan menerusi Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa pada Jumaat.

Jawi dalam kenyataannya memaklumkan, pasangan yang telah mempunyai kebenaran berkahwin daripada Jawi hendaklah membuat janji temu dengan pihak masjid bagi mendapatkan tarikh serta waktu akad nikah.

Menurut kenyataan itu, kehadiran ke majlis akad nikah di masjid terhad kepada 10 orang sahaja.

"Individu yang dibenarkan ialah pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, ibu pengantin perempuan, kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki, jurunikah, dua orang saksi daripada pihak Jawi atau masjid yang berkenaan dan seorang jurugambar," katanya dalam satu kenyataan di Facebook Jawi pada Jumaat.

Tegas kenyataan itu, semua pihak yang dibenarkan hadir ke majlis akad nikah mestilah lengkap menerima vaksin dan perlu mempamerkan sijil vaksin digital.

"Individu yang masih tidak lengkap vaksin adalah diwajibkan untuk menjalani swab test PCR dalam tempoh tiga hari sebelum majlis akad nikah," katanya.

Artikel Berkaitan: