X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Pada 9.02 pagi ini, ringgit susut 160 mata asas (bps) kepada 4.1730/1780 daripada 4.1570/1590 yang dicatatkan pada akhir dagangan Rabu. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A

RINGGIT meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat ketika mata wang negara sedang pesat membangun terus diasak oleh kenaikan dolar susulan data ekonomi negara maju itu yang kukuh.

Pada 9.02 pagi ini, ringgit susut 160 mata asas (bps) kepada 4.1730/1780 daripada 4.1570/1590 yang dicatatkan pada akhir dagangan Rabu.

Pasaran ditutup pada Khamis bersempena cuti umum Hari Malaysia.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, data asas peruncitan dan tuntutan pengangguran AS bagi Ogos 2021 ternyata mengejutkan pasaran dan terus melonjakkan prestasi dolar AS.

“Ini berpotensi besar untuk meningkatkan dolar AS dalam beberapa hari akan datang. Malah, peningkatan perbelanjaan pengguna juga mungkin memberi petunjuk kepada Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk bertindak lebih awal lagi bagi mengurangkan rangsangan kewangan yang mencecah AS$120 bilion (RM500 Bilion) sebulan ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Fed dijangkakan mengumumkan langkahnya mengurangkan pembelian aset pada sesi mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang berakhir pada 22 September ini, susulan data-data AS yang lebih kukuh.

Menurut Diniz, dari sudut teknikal, sekiranya perbandingan dolar AS-Ringgit melepasi paras 4.1600, ia akan meningkat kepada 4.2300 dalam beberapa hari.

Selain itu, berbanding kumpulan mata wang utama lain, ringgit dibuka kebanyakannya mengukuh kecuali berbanding pound Britain yang menyaksikannya susut kepada 5.7521/7590 daripada 5.7475/7502 pada akhir urus niaga Rabu.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0994/1033 daripada 3.1002/1019 dan naik berbanding yen kepada 3.0994/1033 daripada 3.8019/8041.

Unit tempatan itu turut meningkat berbanding euro kepada 4.9066/9125 daripada 4.9152/9176 sebelum ini. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!