X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 18 Oktober 2021

Covid-19: Pasaraya Mydin Manjoi ditutup sementara

Pasaraya besar Mydin Manjoi di sini menutup sementara operasinya bagi kerja-kerja disinfeksi dan sanitasi bermula Khamis.
A
A

IPOH - Pasaraya besar Mydin Manjoi di sini menutup sementara operasinya bagi kerja-kerja disinfeksi dan sanitasi bermula Khamis.

Dalam satu kenyataan Mydin memaklumkan, prosedur disinfeksi dan sanitasi itu dijalankan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan terdapat pengesanan kes positif Covid-19.

Menurutnya, individu terbabit sedang mendapatkan rawatan manakala kontak rapat telah dikenalpasti dan dikuarantin dengan bantuan KKM.

"Mydin Manjoi telah menjalankan prosedur disinfeksi dan sanitasi menyeluruh dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

"Makluman mengenai tarikh dan waktu operasi akan dimaklumkan kelak setelah mendapat kebenaran daripada KKM," katanya.

Kenyataan itu berkata, kesihatan dan keselamatan kakitangan dan komuniti akan terus menjadi keutamaan serta memohon untuk bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!