Bernama perkenal sesi Twitter Spaces bersama Annuar Musa

Bernama akan mengadakan sesi perbincangan di Twitter Spaces, menampilkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Bernama akan mengadakan sesi perbincangan di Twitter Spaces, menampilkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Mulai 17 September ini, Bernama akan mengadakan sesi perbincangan di Twitter Spaces, menampilkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Sesi yang diberi nama ‘Bersama Annuar’ itu adalah penampilan pertama beliau pada ruang interaksi dan komunikasi bersifat game changer di Twitter Spaces.

Ia bertujuan menyampaikan maklumat yang lebih efisien menerusi pendekatan komunikasi langsung dengan rakyat. Bersiaran selama satu jam mulai 9 malam, Annuar akan berinteraksi dengan followers atau pengikut Twitter @bernamadotcom yang kini mempunyai lebih 950,000 followers.

Dikendalikan oleh hos Bernama TV, Wan Syahrina serta peneraju Bernama Radio, Hanie Hamid, topik yang akan dirungkai adalah ‘Keluarga Malaysia... Mencari Persamaan?’.

Menurut ciapannya sebelum ini di Twitter, Annuar berkata beliau akan memacu Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan prinsip-prinsip yang ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab serta amanah dan mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Satu daripada cara untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat adalah dengan memberi akses kepada orang ramai untuk berinteraksi dengannya. ‘Bersama Annuar’ akan bersiaran di Twitter Spaces setiap minggu sebanyak 12 episod hingga Disember.

Spaces adalah ciri baharu diperkenalkan Twitter untuk pengguna akaun mengadakan perbualan dan perbincangan audio secara langsung bersama followers atau pengikut mereka di laman sosial berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: