Konvoi Proton Saga ke Putrajaya kembalikan nostalgia

Ramlan ketika ditemui selepas mengetuai konvoi kereta proton saga dari Bukit Kapar Klang ke Pusat Pentadbiran Putrajaya sempena Sambutan Hari Malaysia 2021.- Foto: Bernama
Ramlan ketika ditemui selepas mengetuai konvoi kereta proton saga dari Bukit Kapar Klang ke Pusat Pentadbiran Putrajaya sempena Sambutan Hari Malaysia 2021.- Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 45 kereta model awal Proton Saga berkonvoi sejauh 100 kilometer (km) dari Bukit Kapar, Klang menuju ke Putrajaya dan kembali semula ke Bukit Kapar sempena Sambutan Hari Malaysia.

Pengerusi Kelab Saga 69 Bukit Kapar, Ramlan Masron, 65, berkata, seramai 100 ahli kelab itu turut menyertai konvoi yang memulakan perjalanan kira-kira pukul 9.30 pagi Khamis.

"Tujuan konvoi ini ialah untuk kita mempamerkan koleksi kereta Proton Saga yang dimiliki oleh ahli kelab kerana kita tahu ramai generasi muda yang pastinya teruja melihat kereta lama ini masih gagah membelah lebuh raya.

"Kita juga mahu mengembalikan nostalgia yang mana Proton Saga ini merupakan kereta nasional pertama keluaran negara kita, Malaysia," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Khamis.

Ramlan Masron. - Foto: Bernama
Ramlan Masron. - Foto: Bernama

Proton Saga pertama kali dikeluarkan pada 9 Julai 1985, dua tahun selepas Proton ditubuhkan.

Tinjauan mendapati, orang ramai yang teruja melihat konvoi kereta lama lalu di hadapan mereka, bersorak sebagai tanda sokongan kepada rombongan itu.

Ada juga yang sanggup memperlahankan kenderaan masing-masing sebaik melintasi Bangunan Perdana Putra semata-mata mahu mencuci mata melihat 'pameran' Proton Saga, selain ada yang memberhentikan kenderaan untuk bergambar di hadapan deretan kereta lama itu.

Artikel Berkaitan:

Para pemilik kereta Proton Saga dari Kelab Saga 69 Bukit Kapar Klang bergambar di hadapan Bangunan Perdana Putra. Foto Bernama
Para pemilik kereta Proton Saga dari Kelab Saga 69 Bukit Kapar Klang bergambar di hadapan Bangunan Perdana Putra. Foto Bernama

Ramlan berkata, rakyat Malaysia perlu merasa bangga kerana kereta nasional pertama ini masih dijaga dengan baik oleh peminatnya walaupun perlu mengeluarkan belanja yang agak besar untuk tujuan baik pulih dan modifikasi.

Beliau berkata, walaupun harga pasaran Proton Saga terpakai sekitar RM500 ke RM800 sebuah, namun kos sekitar RM20,000 diperlukan untuk memastikan kereta itu berfungsi dengan baik dan selamat.

"Kereta-kereta ini walaupun lama tetapi tidak mendatangkan masalah sepanjang perjalanan kami dari Bukit Kapar ke sini," katanya sambil menambah kelab mempunyai perancangan untuk berkonvoi ke Johor sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri kelak.

Ramlan berkata, kelab juga memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara dipatuhi oleh semua ahli kelab sepanjang perjalanan ini.

"Kelab menyediakan makanan dan minuman untuk ahli dan mereka hanya boleh makan di dalam kereta masing-masing kerana kita tidak mahu mereka berkumpul sambil makan, sekali gus akan menyebabkan pelanggaran SOP," katanya. - Bernama

Sebanyak 45 buah kereta Proton Saga lama berkonvoi sejauh 100 km) dari Bukit Kapar Klang menuju ke Putrajaya. Foto Bernama
Sebanyak 45 buah kereta Proton Saga lama berkonvoi sejauh 100 km) dari Bukit Kapar Klang menuju ke Putrajaya. Foto Bernama