X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Kuching City congak peluang bawa pulang tiga mata

Kuching City FC tidak memandang rendah keupayaan Terengganu FC II apabila kedua-dua kelab berentap dalam aksi Liga Premier di Pasir Gudang pada Jumaat. FOTO: Kuching City FC
A
A

Kuching City FC tidak memandang rendah keupayaan Terengganu FC II (TFC II) apabila kedua-dua kelab berentap dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Jumaat.

Begitupun, penolong ketua jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin berkata, mereka tetap bertekad dengan misi membawa pulang tiga mata walaupun mengakui skuad Badrul Afzan Razali itu berada dalam prestasi terbaik ketika ini.

“Untuk pertemuan menentang TFC II ini, kami mengambil serius perlawanan itu nanti kerana keputusan akan menentukan hala tuju kami dalam saingan Piala Malaysia.

“Biarpun Kuching City FC masih mempunyai baki tiga perlawanan, namun kami tidak mahu mengambil risiko sehingga ke perlawanan terakhir Liga Premier musim ini.

“Kami akan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Kita juga hormati barisan pemain-pemain muda TFC II termasuk tonggak import mereka yang berkualiti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Untuk rekod, Kuching City FC kini berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengumpul 24 mata hasil enam kemenangan, enam seri dan lima kekalahan selepas mengharungi 17 perlawanan.

Pada masa sama, Sulaiman menuntut anak-anak buahnya mengekalkan momentum dengan memberikan aksi terbaik biarpun terpaksa mengharungi kepadatan jadual perlawanan.

“Saya harap pemain-pemain akan lebih bersedia baik dari segi mental dan fizikal untuk meneruskan baki perlawanan ini bagi meraih keputusan terbaik untuk kelab,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!