X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Sharvin Muniandy perkuat cabaran Bhairahawa Gladiators

Sharvin Muniandy
A
A

Pemain Malaysia kedua beraksi di kejuaraan kriket Nepal

GERGASI kriket Nepal, Bhairahawa Gladiators merekrut pemain kriket negara, Sharvin Muniandy bagi saingan Everest Premier League 2021 yang bakal menyingkap tirai di T.U. Stadium, Kathmandu dari 25 September hingga 9 Oktober depan.

Menurut Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Sharvin Muniandy merupakan pemain kedua negara yang beraksi dalam itu selepas Virandeep Singh menyertai Chitwan Tigers sebelum ini.

"MCA cukup teruja dengan kejayaan pemainnya, yang menyemarakkan lagi motivasi pasukan-pasukan kita untuk mengejar matlamat kecemerlangan dalam permainan, semasa kita terus membuktikan bahawa cricket breeds excellence’," menurut kenyataan itu.

Bhairahawa Gladiators antara kelab francais liga T20 yang menampilkan dalam kalangan bakat tempatan dan antarabangsa selain menawarkan peluang untuk persaingan yang sihat dalam kalangan pemain baharu.

Edisi keempat kejuaraan Twenty-20 (T20) terkenal apabila mendapat penyertaan tertinggi dalam kalangan kelab kriket domestik negara anggota

Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) itu.

Untuk rekod, Sharvin Muniandy akan menyertai 20 pemain antarabangsa lain seperti Tamim Iqbal, yang dianggap pemukul terbaik dalam sejarah kriket Bangladesh, bekas kapten Sri Lanka Upul Tharanga, serta Dhammika Prasad yang juga bekas pemain Sri Lanka. - Bernama

TAG: kriket, MCA, sharvin muniandy, bhairahawa gladiators, nepal


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!