Saksi kemalangan maut diminta tampil bantu siasatan

Hasil siasatan awal dipercayai mangsa terbabas lalu terjatuh ke atas jalan raya sebelum meninggal dunia dalam kejadian di KM1.6 Lebuhraya Damansara-Puchong menghala Damansara pada Ahad.
Hasil siasatan awal dipercayai mangsa terbabas lalu terjatuh ke atas jalan raya sebelum meninggal dunia dalam kejadian di KM1.6 Lebuhraya Damansara-Puchong menghala Damansara pada Ahad.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis meminta saksi kemalangan maut yang berlaku di kilometer (KM) 1.6 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menghala Damansara di sini pada Ahad tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kemalangan tersebut pada jam 9.40 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150 merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun dipercayai terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

"Mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Fakhrudin, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.

"Kepada mereka yang melihat atau berada di tempat kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025," ujarnya.

Artikel Berkaitan: