Inilah akibat asyik main 'henfon'

Sakit pinggang, leher boleh jadi serius

A
A
A

KEPADA mereka yang gila 'main' telefon pintar, biasa tak alami kesakitan terutama kepada bahagian leher, bahu, dan bahagian bawah pinggang belakang?

Memandangkan kita semakin kerap bergantung kepada alat peranti teknologi pada masa kini khususnya telefon pintar, ramai lupa soal menjaga kesihatan.

Sakit "Text Next"

"Text Neck” dicipta oleh kiropraktor dari Amerika Syarikat, Dr DL Fishman, yang menggambarkan "Text Neck” ini sebagai suatu keadaan kecederaan di mana menyebabkan tekanan yang berulang serta kesakitan pada bahagian leher, akibat daripada menonton alat peranti yang berlebihan ataupun terlalu kerap menghantar mesej melalui alat peranti yang dipegang secara berterusan pada tempoh masa yang begitu lama.

Tahukah anda dalam satu kajian terkini, dimana ia telah dibuat oleh graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam program Fisioterapi dari University Antarabangsa INTI (INTI), Lin Jia Huang, beliau melaporkan bahawa 88.6% daripada responden yang terlibat dalam kajian sememangnya menunjukkan bahawa ada antara mereka yang mengalami kesakitan kadangkala di bahagian leher dan bahu, serta juga mengalami kelenguhan pada bahagian leher dan bahu yang berterusan, dan keadaan ini semua adalah disebabkan kesan akibat penggunaan peranti telefon pintar.

Hasil daripada penyelidikan tersebut, ia membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara akibat kecederaan pada bahagian leher dan bahu dengan tahap ketagihan kepada penggunaan telefon pintar.

Melalui kajian yang telah dibuat ini juga, keputusan kajian menunjukkan bahawa lebih separuh daripada peserta yang terlibat memang menggunakan telefon pintar dalam tempoh jangkamasa lebih daripada 6 jam setiap hari dan sekitar 81.6% responden menggunakan telefon pintar dalam kekerapan antara 21 hingga 50 kali setiap hari.

Sangat memudaratkan

Artikel Berkaitan:

Su Fen
Su Fen

Presiden Persatuan Fisioterapi Malaysia, Yew Su Fen merupakan pakar dalam bidang ini selama 35 tahun menyatakan bahawa apabila keadaan leher berada di dalam kedudukan postur yang salah secara tempoh jangka masa yang berpanjangan akibat daripada penggunaan alat peranti, ia akan mengakibatkan kesan yang sangat memudaratkan terhadap bahagian leher dan juga di bahagian atas tulang belakang.

Beliau juga turut menyatakan, penggunaan peranti mudah alih ini juga, dengan secara tidak disedari, telah merubah keadaan postur leher dan bahagian atas tulang belakang dengan begitu drastik sekali.

Kedudukan melihat telefon bimbit yang salah.
Kedudukan melihat telefon bimbit yang salah.

"Kecenderungan orang ramai yang menggunakannya akan sering membongkok dengan keadaan leher dipaksa ke hadapan dengan kecondongan di antara 45 hingga 60 darjah ataupun adakalanya lebih, ketika menggunakan telefon peranti mereka.

"Apabila dilakukan dengan begitu kerap dan dalam tempoh masa yang begitu lama, keadaan postur ini akan mengakibatkan tekanan kepada tulang serviks di bahagian belakang dan di mana ini pula akan turut mengakibatkan keadaan tulang belakang itu lebih cepat haus dan rapuh, dan akhirnya menyebabkan kesakitan yang amat ketara sekali. "

Beliau juga turut menambah, dalam mengurangkan fenomena kecederaan “Text Neck” ini, terdapat beberapa cara serta amalan dan pelarasan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.

Menurutnya, justeru cara terbaik untuk mengelakkan kesakitan di bahagian leher ini adalah dengan memegang telefon peranti diantara 14 sehingga 16 inci jauhnya dari pelarasan mata (iaitu di mana ia juga adalah jarak membaca yang disyorkan).

"Kita juga harus menggunakan alat peranti pada paras mata dengan keadaan kepala menegak, dagu terselip, dan keadaan bahu pada kedudukan yang neutral dan santai.

"Dinasihatkan juga agar digunakan huruf serta abjad cetak (fonts) yang lebih besar apabila menggunakan peranti mudah alih," kongsinya.

Sakit belakang

Selain daripada peranti mudah alih, komputer dan komputer riba juga memainkan peranan yang penting di dalam aktiviti rutin harian kita.

Interaksi dengan alat peranti sebegini juga boleh mengakibatkan ketegangan pada bahagian bawah pinggang belakang, terutama sekali apabila kita dikehendaki untuk duduk di dalam satu kedudukan dalam jangkamasa yang begitu lama.

Su Fen berkongsi bahawa kira-kira 70 hingga 80 % populasi global akan mengalami kesakitan pada bahagian pinggang belakang pada suatu ketika dalam kehidupan mereka.

Beliau juga menambah bahawa kesakitan pada bahagian pinggang belakang telah menduduki tempat teratas dari segi ketidakupayaan dan keenam tertinggi dari segi beban kesihatan secara keseluruhannya oleh Kajian Beban Penyakit Global 2010.

Thirumalaya Balaraman, Ketua Program untuk program Fisioterapi INTI, menyatakan bahawa secara umum punca mengapa orang ramai mengalami kesakitan pada bahagian pinggang belakang adalah disebabkan oleh cara kita duduk ketika menghadap komputer.

"Ramai orang mempunyai kecenderungan untuk bersandar ke hadapan untuk melihat kepada skrin apabila sedang duduk di meja mereka. Apabila ini dilakukan dalam tempoh jangka masa yang begitu lama, ia akan mengakibatkan kesan mobiliti yang lebih rendah pada bahagian pinggul serta bahagian pinggang belakang individu, " kata Thirumalaya.

Untuk mengurangkan kecederaan jangkamasa panjang, Thirumalaya berkongsi bagaimana caranya untuk kita merubah kedudukan di tempat kerja serta cara untuk memperbaiki posisi ketika dalam keadaan duduk di meja.

"Ketika sedang duduk, kita perlu sentiasa memastikan bahawa terdapat sokongan yang mencukupi pada bahagian belakang dimana ini akan membolehkan kita untuk duduk dalam keadaan menegak dengan selesa. Kita juga harus memastikan terdapat jarak tontonan yang selesa dari kerusi tempat duduk terhadap skrin yang digunakan, dimana keadaan ini akan mampu menghalang kecenderungan kita untuk sentiasa bersandar ke hadapan. Kita juga harus memastikan bahawa kaki kita berehat didalam keadaan yang selesa diatas penapak kaki yang sendeng, dimana keadaan ini akan menghalang tekanan yang berlebihan pada bahagian pinggang belakang kita, " kata Thirumalaya.

Postur yang betul penting untuk jangka panjang.
Postur yang betul penting untuk jangka panjang.

Memandangkan teknologi akan kekal abadi selamanya, dengan mengamalkan sedikit perubahan dalam rutin kehidupan seharian sebegini, kita akan dapat mampu mengelak daripada terpaksa kerap berjumpa doktor (dengan penjimatan terhadap kos rawatan) kerana mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Ok jaga-jaga semua...!