Covid-19: Hanya satu kes baharu di Sarawak perlukan ventilator

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

KUCHING - Hanya satu daripada 3,660 kes baharu Covid-19 di Sarawak pada Khamis melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan rawatan ventilator.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri itu dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan 3,659 kes lain dikesan sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan.

Kenyataan itu menyebut daripada keseluruhan kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 1,541 dikesan di daerah Kuching diikuti Samarahan (268 kes), Sibu (255), Serian (245), Bintulu (219), Miri (189), Bau (159) dan Asajaya (129).

Sebanyak 18 daerah lagi mencatatkan tambahan antara 12 dan 99 kes baharu, sembilan daerah antara satu dan lapan kes manakala tiga daerah tidak mencatatkan sebarang kes baharu.

Pada Khamis, lima kematian direkodkan dengan dua daripadanya di Sibu serta masing-masing satu di Kuching, Mukah dan Miri sekali gus menjadikan angka korban akibat wabak itu kini meningkat kepada 656 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: