Pemancing ditemui lemas selepas dihanyut arus deras

Seorang lelaki ditemui lemas selepas dihanyut arus deras ketika memancing bersama dua rakannya. Foto hiasan
Seorang lelaki ditemui lemas selepas dihanyut arus deras ketika memancing bersama dua rakannya. Foto hiasan
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dihanyut arus deras ketika memancing bersama dua rakannya di sungai di Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, Mohd Amir Rosli Mohd Razali, 25, dikatakan cuba menyeberangi sungai untuk membetulkan umpan yang tersangkut pada kayu sebelum dihanyutkan arus.

Rakan mangsa, Syukri Abd Aziz, 23, dikatakan berusaha menyelamatkan Mohd Amir Rosli dengan menghulurkan joran dan dahan kayu namun Mohd Amir Rosli gagal berpaut pada joran dan dahan kayu tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada kira-kira jam 11 pagi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat Mohd Amir Rosli mengambil masa lebih dua jam sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan tertiarap di dasar sungai kira-kira jam 1.15 tengah hari.

“Mayat Mohd Amir Rosli diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan: