Remaja lelaki lemas di Tasik Cermin

Lokasi mayat mangsa ditemui.
Lokasi mayat mangsa ditemui.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditemui lemas di Tasik Cermin, Puncak Perdana di sini pada Khamis.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.08 petang dan pasukan bomba dari Balai Kota Anggerik tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat itu dilakukan di permukaan air (water surface) dan selaman.

"Mangsa, R Puravinraj berjaya ditemui pada jam 4.33 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri pada kedalaman empat meter.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan medik dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: