Enam lokaliti di Sabah, Kelantan, Pahang tamat PKPD esok

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Enam lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Jumaat, 17 September seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, penamatan tersebut membabitkan dua lokaliti di Taman Keramat dan Angkasa Apartment, Kota Kinabalu, Sabah.

“Selain itu di Kelantan melibatkan Kampung Bilau dan Kampung Batang, Gua Musang.

“Manakala, dua lagi di Rumah Kongsi Pinggiran Goh, Kuantan dan Sempalit, Mukim Gali, Raub bagi negeri Pahang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, empat lokaliti di Pahang dilanjutkan PKPD dari 18 September hingga 24 September depan.

“Ia melibatkan tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh iaitu Kampung Kuala Terboi, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong dan satu lokaliti di Penjara Penor, Kuantan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: