Sultan Selangor seru seluruh rakyat bersatu padu

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selanhor berkenan bagi menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2021 kepada seluruh rakyat negara ini. Foto: Ihsan Facebook Selqnhor Royal Office.
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selanhor berkenan bagi menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia 2021 kepada seluruh rakyat negara ini. Foto: Ihsan Facebook Selqnhor Royal Office.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa agar dapat bersatu padu bagi membina negara bangsa yang maju serta hidup dalam suasana harmoni.

Menerusi hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office pada Khamis, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Malaysia 2021 kepada seluruh rakyat di negara ini.

Baginda bertitah, Malaysia akan mampu menempuh apa jua dugaan mendatang sekiranya rakyat terus meraikan kepelbagaian dan mengukuhkan persefahaman.

"Baginda juga mahu supaya setiap pihak berusaha menyemai semangat patriotisme di samping merasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang tercinta ini," kata hantaran itu.

Artikel Berkaitan: