X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Pantai Batu Burok meriah dengan pengunjung

Suasana di tepi Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu pada Khamis
A
A

KUALA TERENGGANU - Suasana di sekitar Pantai Batu Burok, di sini meriah dengan pengunjung yang meluangkan masa bersama keluarga sempena cuti umum Hari Malaysia, pada Khamis.

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan masuk ke lokasi pantai sesak dengan kenderaan lebih-lebih lagi pada waktu kemuncak iaitu jam 4 petang.

Begitupun, pemantauan Sinar Harian secara keseluruhan mendapati majoriti pengunjung ke lokasi berkenaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya pemakaian pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

Seorang peniaga yang ditemui, Siti Nur Nilam Sari Rahiman, 20 turut mengakui kehadiran pengunjung agak luar biasa berbanding hari sebelumnya.

"Situasi hari ini (Khamis) memang memberi khabar gembira kepada kami (peniaga) tetapi pada masa sama, kami perlu pastikan pelanggan menjaga SOP demi keselamatan kita bersama.

Setiap ruang rehat disediakan di Pantai Batu Burok dipenuhi pengunjung
Setiap ruang rehat disediakan di Pantai Batu Burok dipenuhi pengunjung

"Tidak semestinya kami terlalu taksub menerima pelanggan selepas beberapa bulan tidak ada punca pendapatan dengan mengabaikan aspek keselamatan," katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.

Seorang lagi peniaga, Norzirah Ali, 40 berkata, dia langsung tidak menjangkakan kehadiran pengunjung yang ramai kerana menyangkakan mereka masih takut hendak berkunjung ke lokasi-lokasi tempat tumpuan ramai sebegini.

"Secara jujurnya saya memang terkejut melihat suasana agak luar biasa seperti hari ini, kerana menyangkakan orang ramai masih 'trauma' dengan situasi pandemik yang menular di negara kita ketika ini.

"Memang sebelum ini, kalau hari cuti terutamanya Jumaat dan Sabtu, di sini akan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung tetapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), suasana di sini suram walaupun hari cuti," katanya.

Sementara itu pengunjung yang ditemui, Siti Nur Zirah Mat Zin, 21 berkata, dia datang ke Pantai Batu Burok bersama keluarga kerana hendak meluangkan masa cuti umum bersama-sama.

"Begitupun, kami tetap berhati-hati dengan mengelak daripada berkumpul di lokasi orang ramai sebaliknya duduk di tempat yang jauh daripada orang ramai," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!