Insentif RM1,000 lanjut pengajian di KAYNS

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan insentif RM1,000 kepada setiap pelajar baharu kelahiran negeri itu yang melanjutkan pengajian di Kolej Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) bermula 1 Ogos lalu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia sebagai usaha menggalakkan anak-anak negeri itu menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional (TVET).

"Mereka juga akan diberi bantuan sara hidup sebanyak RM100 setiap seorang untuk setiap bulan bermula dari awal sehingga tamat pengajian mereka. Pembiayaan pengajian ini turut disediakan dalam bentuk sama ada tajaan dan pinjaman.

"Bagi anak-anak Negeri Sembilan, kerajaan negeri akan sediakan pinjaman pembiayaan sepenuhnya melalui Yayasan Negeri Sembilan manakala bagi anak-anak daripada keluarga kumpulan asnaf, tajaan sepenuhnya akan disediakan untuk mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: