X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Lebih 67 peratus populasi dewasa di Terengganu lengkap vaksin

Foto fail Bernama
A
A

KUALA TERENGGANU – Seramai 544,131 orang atau 67.3 peratus populasi dewasa berusia 18 tahun ke atas di negeri telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, sebanyak 88.9 peratus atau 718,884 individu dewasa di negeri ini pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

“Jumlah ini juga merangkumi 57.1 peratus daripada keseluruhan populasi yang menerima sekurang-kurangnya satu dos dan 43.2 peratus daripada keseluruhan populasi telah lengkap vaksinasi," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ahmad Amzad berkata, Terengganu kini berjaya mencapai nilai ambang 60 peratus daripada populasi dewasa negeri ini lengkap menerima vaksin Covid-19.

Sehingga 8 September, katanya, semua lapan daerah di Terengganu juga telah melepasi nilai 60 peratus sekurang-kurangnya menerima satu dos vaksin.

“Dengan purata kadar vaksinasi harian mencecah 20,000 dos, kami jangka akan mencapai 84 peratus daripada populasi dewasa lengkap vaksinasi pada akhir September ini manakala 100 peratus populasi dewasa dan imuniti kelompok iaitu 80 peratus daripada keseluruhan populasi lengkap divaksinasi menjelang Oktober ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu memberitahu, beliau sedar keresahan mengenai kekurangan bekalan vaksin di peringkat awal perlaksanaan PICK di Terengganu, namun Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) telah menyiapkan pelan pengagihan vaksin yang mencukupi supaya sasaran pencapaian 80 peratus dos lengkap sebelum hujung Oktober boleh dicapai.

Jelasnya, Terengganu dijangka menerima agihan bekalan vaksin sebanyak 643,187 dos pada bulan September bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

"Sebanyak 62 pusat pemberian vaksin (PPV) pelbagai jenis sedang dan akan beroperasi di seluruh negeri ini dengan anggaran kapasiti harian maksimum sebanyak 30,162 dos suntikan.

"Kami juga telah mulakan program vaksinasi secara terus atau 'walk in' di seluruh Terengganu dan sehingga kini, seramai 11,585 orang sudah mendapatkan vaksin melalui inisiatif ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!