KKM perlu guna kaedah seragam salur maklumat kes harian Covid-19

Kewujudan pelbagai set data mengenai status kes harian Covid-19 mengelirukan orang ramai yang sedang berhadapan dengan tekanan ekoran krisis kesihatan yang berpanjangan.
Kewujudan pelbagai set data mengenai status kes harian Covid-19 mengelirukan orang ramai yang sedang berhadapan dengan tekanan ekoran krisis kesihatan yang berpanjangan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menyarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan satu kaedah yang seragam dalam penyediaan maklumat terkini kes harian Covid-19 bagi mengelakkan kekeliruan rakyat.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, kesatuan itu berharap KKM akan menyemak semula kaedah pelaporan semasa bagi memudahkan orang ramai memperoleh maklumat terkini dan mengelakkan persepsi negatif.

Menurutnya, NUBE mendapati pihak media menyiarkan set data yang berbeza mengenai jumlah kes jangkitan harian terkini antara satu sama lain sehingga menimbulkan pelbagai persoalan mengenai ketepatan data.

“Perbezaan dalam laporan mereka dipercayai berpunca daripada kelainan dalam maklumat yang diperoleh daripada KKM.

“Penelitian NUBE mendapati bahawa terdapat tiga data yang boleh diperoleh setiap hari.

“Pertama statistik yang dikeluarkan menerusi portal terkini Covidnow yang lazimnya muncul menjelang tengah hari setiap hari (berdasarkan data jam 11.59 malam hari sebelum), kedua berdasarkan data Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan menerusi media sosial beliau dan satu lagi melalui kenyataan media Kementerian Kesihatan pada sebelah petang setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, J Solomon berkata, kewujudan pelbagai set data mengenai status kes harian Covid-19 mengelirukan orang ramai yang sedang berhadapan dengan tekanan ekoran krisis kesihatan yang berpanjangan.

Tambahnya, walau apa bentuk atau statistik yang hendak digunakan, ia harus konsisten bagi membolehkan setiap pengguna data hanya memperoleh maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan sesiapa, terutama pihak media yang sentiasa berusaha untuk menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan: