Petugas PPV sambut Hari Malaysia dengan cara tersendiri

Petugas di PPV meraikan sambutan secara sederhana dengan berpakaian kebangsaan.
Petugas di PPV meraikan sambutan secara sederhana dengan berpakaian kebangsaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 280 petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Conversation Centre tidak melepaskan peluang meraikan Hari Malaysia walaupun dalam kesibukan bertugas.

Ketua PPV berkenaan, Dr Mahani Pardan berkata, sambutan secara sederhana dengan berpakaian kebangsaan itu juga bagi menghargai jasa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di PPV tersebut.

Menurutnya, walaupun sederhana dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP), namun sambutan Hari Malaysia diadakan serentak dengan sambutan Hari ATM dapat memeriahkan lagi suasana di situ.

“Ramai petugas datang pada hari ini dengan pakaian Kebangsaan dan kami juga menyediakan kek Jalur Gemilang khas buat anggota ATM bagi menghargai mereka yang menjaga keselamatan," katanya di PPV Bangi Avenue Conversation Centre pada Khamis.

Kek Jalur Gemilang khas buat anggota ATM bagi menghargai jasa mereka.
Kek Jalur Gemilang khas buat anggota ATM bagi menghargai jasa mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, sambutan Hari Malaysia tahun ini juga diharap akan menjadi titik permulaan kepada perubahan lebih positif agar negara bebas sepenuhnya daripada virus Covid-19.

Menurutnya, orang ramai juga perlu terus mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang bakal memulakan pengajian mereka pada Oktober ini.

"Hari ini (khamis) PPV Bangi turut menerima pelajar IPT secara 'walk in' kerana PPV ini merupakan antara lima PPV dibolehkan pengambilan vaksin Covid-19 secara 'walk-in' bermula hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan: