Pemuda Pas Terengganu ikut keputusan parti

KAMARUZAMAN ABDULLAH
KAMARUZAMAN ABDULLAH
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pemuda Pas Terengganu akan akur dengan apa jua keputusan dibuat parti berhubung cadangan penggunaan satu logo pada PRU15.

Ketuanya, Kamaruzaman Abdullah berkata, sayap parti itu akan menerima apa jua keputusan oleh pucuk pimpinan, kerana melihat situasi yang berlaku kini adalah demi survival umat Islam.

“Umat Islam sekarang ini kalau tidak tahu dan tidak fikir lagi macam mana DAP buat pada negara kita ini, tidak tahulah. DAP yang menguasai di Parlimen walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri, tapi mereka (Bersatu) hanya ada berapa kerusi.

“Kita dapat lihat apa yang jadi. Walaupun 10 Mei baharu memerintah, banyak polisi-polisi yang sangat bercanggah dan dilihat tidak mesra kepada umat Islam. Bukan sahaja tidak mesra, banyak menganaktirikan dan menghakis kepada umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Kamaruzaman mengakui bahawa rakyat seakan boleh menerima kerjasama antara UMNO-Pas ketika ini,.

"Nampak sekarang ini rakyat seakan boleh terima. Kalau di tempat lain, ancaman itu terasa sangat. Sebab itu kita boleh lihat bagaimana hubungan Pas dengan Umno sekarang ini. Dalam pilihan raya di Cameron Highlands dan Semenyih baru-baru ini pun, memang UMNO ucapkan terima kasih kepada Pas.

“Andai kata Pas tidak menolong di Semenyih, rasanya payah juga nak menang. Jadi, tiada masalah walaupun tidak rasmi tapi nampak ‘hardcore’ Umno juga boleh terima, Pas juga tiada masalah kerana apa jua keputusan parti, kita terima,” katanya.

Artikel Berkaitan: