76.2 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

Seramai 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Rabu.Gambar hiasan
Seramai 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Rabu.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat Rabu, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Khamis memaklumkan, 92.5 peratus atau 21,719,553 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, sebanyak 39,234,306 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat Rabu termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

"Semalam (Rabu), sebanyak 248,410 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)," menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan: