X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Covid-19: Remaja, kanak-kanak berdepan risiko selepas dijangkiti

Kanak-kanak yang masih belum layak terima vaksinasi di kebanyakan negara ketika ini mencatatkan peningkatan kes di hospital dan kematian akibat Covid-19. - Foto fail Reuters/Henry Nicholls
A
A

WASHINGTON - Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) memberi amaran bahawa kanak-kanak di Amerika Latin berdepan risiko besar Covid-19.

Menurut pengarahnya, Carissa Etienne, ketika ramai populasi dewasa menerima suntikan vaksin, kanak-kanak yang masih belum layak di kebanyakan negara ketika ini mencatatkan peningkatan kes di hospital dan kematian akibat Covid-19.

Dengan peningkatan ini jelasnya, kanak-kanak dan orang muda juga berdepan risiko akibat Covid-19.

"Golongan remaja dan anak muda juga boleh menyebarkan virus COVID-19 seperti golongan dewasa.

"Tahun lepas, terdapat lebih 1.5 juta kes Covid-19 membabitkan kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan di wilayah ini dan angka itu telah meningkat kepada 1.9 juta sehingga kini.

"Oleh kerana lebih ramai golongan dewasa telah menerima vaksin Covid-19, lebih banyak kes kemasukan ke hospital atau kematian akibat virus ini melibatkan kanak-kanak yang belum terima vaksinasi.

"Jadi perlu dijelaskan di sini, golongan kanak-kanak dan remaja juga berdepan risiko akibat dijangkiti Covid-19," katanya.

Untuk rekod, beberapa negara di Amerika Latin seperti Peru sudah memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka.

Namun, negara itu turut merekodkan kadar jangkitan tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

Pada masa sama, Etienne turut menegaskan berkenaan ketidaksamarataan vaksin dan menggesa agar petugas barisan hadapan terlebih dahulu menerima suntikan penggalak atau 'booster shot'. - Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!