'Tun Mahathir mungkin salah faham'

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mungkin salah faham kerana Pas tidak pernah berjanji untuk memberi sokongan kepada PH dalam PRK DUN Semenyih.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, janji Pas pada Tun Mahathir tidak lebih kepada sokongan parti terhadap Perdana Menteri, sekiranya wujud usul undi tidak percaya di Parlimen.

“Pas tiada hubungan dengan PH, begitu juga di PRK DUN Rantau kelak.

“Tun Mahathir mungkin salah faham, sebab perkara ini sudah jelas malah Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sudah memaklumkan perkara ini.

Beliau berkata demikian, selepas Majlis Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Kelantan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Yang Ke49 di Istana Balai Besar, hari ini.

Atas kesepakatan pembangkang, beliau turut mengakui Pas tidak menganggu kerusi BN dalam PRK DUN Rantau kelak.

Ketika ditanya sama ada kerjasama itu akan berterusan sehingga PRU akan datang, Mohd Amar bagaimanapun berkata, tiada siapa dapat meramal perkara berlaku yang akan berlaku di masa depan.

Media sebelum ini melaporkan Dr Mahathir berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ada datang bertemu beliau dan menyatakan sokongan, namun janji itu tidak diterjemahkan pada PRK DUN Semenyih.

Artikel Berkaitan: