Bot terperangkap di atas batu di tengah laut

Sebuah bot terperangkap di atas bot di tengah laut di luar pantai Jersey pada Jumaat lalu. - Foto Poseidon Marine/Facebook
Sebuah bot terperangkap di atas bot di tengah laut di luar pantai Jersey pada Jumaat lalu. - Foto Poseidon Marine/Facebook
A
A
A

SAINT HELIER - Sebuah bot terperangkap di atas batu setinggi 3.04 meter di luar pantai Pulau Jersey, barat laut Perancis pada Jumaat lalu dan pasukan penyelamat memerlukan masa selama 12 jam untuk menyelamatkan kru-krunya.

Kejadian itu berlaku selepas ia berlanggar dengan sebuah terumbu karang menyebabkan ia terperangkap di atas sebuah batu mengikut waktu tempatan.

Beberapa kru bot itu yang mengalami kecederaan ringan kemudian diselamatkan dan dibawa menaiki sebuah lagi bot pelancongan Jersey Seafaris yang ketika itu berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Operasi untuk menyelamatkan bot tersebut melibatkan bot-bot Institusi Bot Keselamatan Diraja (RNLI) dan anggota-anggotanya.

Ia melibatkan masa yang lama kerana menunggu air laut pasang bagi membolehkan ia ditunda ke Gorey untuk menjalani kerja-kerja pembaikan.

Ini adalah kerana terdapat lubang pada bot tersebut tetapi ia kemudian ditampal oleh pasukan penyelamat dan ketika ditunda ia menggunakan pam bagi mengelakkannya tenggelam di tengah laut. - Agensi

Artikel Berkaitan: