Polis lupus barangan rampasan bernilai RM600,000

Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM600,000 di Kuala Lumpur.
Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM600,000 di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Daerah Dang Wangi mendapat kebenaran mahkamah untuk melupuskan pelbagai barang rampasan bernilai kira-kira RM600,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata pihaknya membuat 173 serbuan membabitkan kes perjudian, pelacuran dan penjualan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di sekitar ibu negara, sejak 2016 hingga Jun lalu.

"Rampasan kes komersial membabitkan 19,000 DVD cetak rompak bernilai RM100,000, sebanyak 24 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen (2) serta Seksyen 18 (5) Akta Penapisan Filem 1952.

"Kertas siasatan berkenaan sudah selesai dan permohonan pelupusan barang itu diluluskan Majistret pada 12 Ogos lalu," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Noor Dellhan berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi pula merampas 1,353 peralatan perjudian, 19 peralatan pelacuran, wang tunai RM208,437 dan 1,203 barang yang dicuri.

"Semua nilai rampasan dianggarkan RM500,000. Hasil serbuan, 121 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, empat kertas siasatan (Seksyen 373B Kanun Keseksaan) dan 24 kertas siasatan (Seksyen 379 Kanun Keseksaan)," katanya.

Noor Dellhan berkata, ertas siasatan itu sudah selesai dan permohonan pelupusan barang itu diluluskan Majistret pada 10 September lalu.

"Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kes perjudian, pelacuran dan jenayah boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222, Hotline Polis Kuala Lumpur, 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: