X

Kindly register in order to view this article
!

Pusat saringan berskala besar beroperasi di Langkawi bulan depan

Tempat ujian saringan kendiri Covid-19 siap sedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menerima pengunjung ke Langkawi esok. -Foto Bernama
A
A

LANGKAWI - Sebuah pusat perkhidmatan saringan dan ujian Covid-19 secara pandu lalu (DTC) yang mampu menjalankan sehingga 5,000 ujian sehari, bakal beroperasi bulan depan bagi menyokong pembukaan semula Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan.

Fasiliti itu yang terletak bersebelahan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), kira-kira 200 meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dikendalikan MAJU Healthcare.

Timbalan Pengerusi Kumpulan MAJU, Mohd Faiq Abu Sahid berkata, DTC pertama di Langkawi itu, dilengkapi makmal Covid-19 yang berupaya mengeluarkan keputusan ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) dalam tempoh sejam selain perkhidmatan lain termasuk ujian Antigen RTK (swab/air liur) dan ujian antibodi.

"Perkhidmatan menyeluruh yang ditawarkan daripada saringan hingga ujian menjadikannya pusat sehenti untuk komuniti di Langkawi.

"la juga diharap membantu pelaksanaan program MySAFE Langkawi bagi mewujudkan gelembung pelancongan yang selamat di pulau ini dengan prosedur dan operasi pengurusan Covid-19 yang mantap," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Faiq berkata, penyediaan kemudahan itu perlu bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa selain bagi pekerja serta komuniti setempat.

Sebelum itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri hadir meninjau tapak DTC itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!