Sabah benar vaksinasi Covid-19 remaja bermula esok

Kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan vaksinasi kepada golongan remaja berusia antara 12 dan 17 tahun bermula Khamis (16 September). Foto 123rf
Kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan vaksinasi kepada golongan remaja berusia antara 12 dan 17 tahun bermula Khamis (16 September). Foto 123rf
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan vaksinasi kepada golongan remaja berusia antara 12 dan 17 tahun bermula Khamis (16 September), kata Ketua Menterinya Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata, perkara tersebut telah dibincang dan diputuskan pada mesyuarat Kabinet Negeri di sini pada Rabu.

“Ini juga selari dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan seberapa ramai remaja dalam kumpulan berisiko tinggi ini diberi vaksin dan menjelang pembukaan semula sesi persekolahan bermula 3 Oktober ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu. - Bernama

Artikel Berkaitan: