Tiga maut, tiga selamat akibat tanah runtuh

Kejadian tanah runtuh melibatkan dua maut dan empat selamat di Forest Hill, Bundusan, Penampang.
Kejadian tanah runtuh melibatkan dua maut dan empat selamat di Forest Hill, Bundusan, Penampang.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Tiga disahkan maut manakala tiga lagi selamat akibat tanah runtuh di Forest Hill, pada petang Rabu.

Difahamkan, ibu dan bayi berusia lapan bulan bersama seorang lagi kanak-kanak lima tahun ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk menerima rawatan lanjut.

Setakat jam 8.40 malam, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan dua maut dikenali sebagai Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Usaha wartawan mendapatkan maklumat lanjut sedang dilakukan ketika ini yang turut berada di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.57 petang berhubung kejadian itu.

"Kejadian membabitkan enam mangsa akibat tanah runtuh dan mendapati dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas disahkan oleh pegawai perubatan.

Artikel Berkaitan:

"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.