Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam meninggal dunia

Nor Hisham meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit.
Nor Hisham meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Nor Hisham Ses meninggal dunia di kediamannya di Bukit Jelutong di sini akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, Allahyarham Nor Hisham yang memegang jawatan itu pada tahun 2013 hingga 2018 meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari pada Rabu.

Menurutnya, Allahyarham disifatkan seorang yang mempunyai budi bahasa tinggi dan komited dalam setiap tugasan.

"Allahyarham sudah lama menderita pelbagai penyakit dan pemergian beliau amat dirasai semua kepimpinan bahagian," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Azahari berkata, beliau turut sebak sebaik mengetahui berita kematian Allahyarham daripada rakannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Arwah banyak berjasa dalam memantapkan jentera UMNO Bahagian Shah Alam dan sudah tentu kami bersedih dengan kehilangan beliau," ujarnya.

Azhari berkata, jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada Rabu.

Artikel Berkaitan: