KPDNHEP Kelantan selamatkan minyak masak peket cuba diseludup

KPDNHEP Kelantan berjaya 'menyelamatkan' 510 kg minyak masak peket bersubsidi daripada diseludup ke negara jiran dalam serbuan di Kampung Kuin, Rantau Panjang, pada Selasa.
KPDNHEP Kelantan berjaya 'menyelamatkan' 510 kg minyak masak peket bersubsidi daripada diseludup ke negara jiran dalam serbuan di Kampung Kuin, Rantau Panjang, pada Selasa.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya 'menyelamatkan' 510 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi daripada diseludup ke negara jiran dalam satu serbuan di Kampung Kuin, di sini pada Selasa.

Dalam serbuan pada jam 1.30 tengah hari itu, KPDNHEP Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa turut merampas kereta Proton Saga Iswara serta kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipercayai digunakan untuk menyeludup.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, semasa sedang membuat pemantauan, pihaknya mendapat maklumat dari pasukan risikan berkait aktiviti penyeludupan di Kampung Kuin.

"Semasa serbuan dilakukan, pihaknya mendapati aktiviti memunggah minyak masak seberat 510 kg yang dianggarkan bernilai RM1,275 sedang dilakukan melibatkan dua buah kenderaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, siasatan mendapati ada dalam kalangan peruncit berlesen sanggup bertindak sebagai 'orang tengah' dengan menyeludup barangan tersebut ke negara jiran.

Beliau berkata, peruncit terbabit akan mendapatkan bekalan barang kawalan itu dari pemborong berlesen sebelum menjualnya kepada penyeludup.

"Penyeludup kemudiannya akan membawa keluar barangan subsidi tersebut ke negara jiran bagi tujuan meraih pendapatan berganda.

"Tujuan mereka berbuat demikian untuk mengaburi mata pihak berkuasa supaya kegiatan haram itu gagal dikesan," katanya.

Artikel Berkaitan: