X

Kindly register in order to view this article
!

MR D.I.Y. terima tiga anugerah

MR D.I.Y telah menerima tiga anugerah di Alpha SEA 11th Institutional Investor Corporate Awards 2021 pada minggu lalu.
A
A

SHAH ALAM - Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR. D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) telah menerima tiga anugerah di Alpha SEA 11th Institutional Investor Corporate Awards 2021 pada minggu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, MR D.I.Y. Group (M) Berhad, Adrian Ong berkata, tiga anugerah itu ialah ‘Most Organised Investor Relations’ dan ‘Best Senior Management IR Support’, manakala Naib Presiden Kewangan Kanannya, Lim Chen Hwee dinobatkan sebagai ‘Best CFO in Malaysia’.

Menurutnya, pengiktirafan tersebut merupakan satu penghormatan kepada MR D.I.Y. kerana ia meletakkan jenama tersebut sebaris dengan syarikat-syarikat senarai awam yang terbaik di rantau ini.

“Kesemua anugerah ini adalah usaha kakitangan kami yang dedikasi dan bersungguh-sungguh, gigih menyampaikan maklumat yang menyeluruh, jelas, tepat pada masanya serta relevan kepada pihak-pihak berkepentingan walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam pandemik ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti pelaburan atas undian kepercayaan ini yang kami terima hanya selepas setahun disenaraikan di Bursa Malaysia pada Oktober 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Adrian berkata, MR D.I.Y akan memberi tumpuan dalam meneruskan usaha menyampaikan nilai kepada pihak-pihak berkepentingan.

“Nilai jangka panjang kumpulan bergantung kepada kebolehan kami untuk menyampaikan produk-produk yang mampu dimiliki dan menembusi pasaran tertentu.

“Kami ingin melakukannya dengan memacu pertumbuhan dan mengekalkan fokus terhadap pengawalan kos dan kecekapan operasi. Anugerah seperti ini memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan segala usaha ini,” katanya.

Alpha SEA 11th Institutional Investor Corporate Awards adalah anugerah berdasarkan keputusan undian mengikut persepsi yang menilai syarikat berdasarkan prestasi mereka dalam pengurusan kewangan, pematuhan kepada tadbir urus korporat, laporan bersepadu, tanggungjawab sosial korporat dan hubungan pelabur.

Undian dikumpul daripada 502 pelabur dan penganalisa yang mengundi untuk pelbagai kategori bagi menentukan syarikat-syarikat senarai awam di Asia Tenggara yang layak untuk menerima pengiktirafan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!