Gelaran Datuk Sri Sanjeevan ditarik balik

Sri Sanjeevan
Sri Sanjeevan
A
A
A

KUANTAN - Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan ditarik balik dan dibatalkan serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di-Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut beliau, surat penarikan anugerah itu terhadap Sri Sanjeevan telah berkuat kuasa pada 24 Ogos lalu.

"Penama ini tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Batu Kuala Lumpur (Pembakti) membuat laporan polis terhadap Sanjeevan atas dakwaan terus menggunakan gelaran Datuk Seri walaupun ditarik balik oleh kerajaan Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua NGO lapor polis ke atas Sanjeevan

Artikel Berkaitan: