X

Kindly register in order to view this article
!

Seorang maut, dua cedera lombong arang batu runtuh

Seorang lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan lombong arang batu di Queensland. Gambar hiasan.
A
A

SYDNEY - Seorang lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera dalam kejadian runtuhan lombong arang batu di Queensland, Australia lapor Xinhua.

Dalam kejadian yang berlaku di Gregory Crinum Mine di Central Queensland pada malam Selasa itu, mangsa berusia berusia 60 tahun mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua mangsa lain dimasukkan ke hospital dengan seorang daripadanya dilaporkan parah, menurut penyiar ABC.

Operasi lombong berkenaan telah digantung.

Menteri Sumber Queensland, Scott Stewart dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, mana-mana kejadian kehilangan nyawa di lokasi lombong tidak boleh diterima, dan kejadian itu akan disiasat dengan teliti dan telus.

Menurut kenyataan itu, tiga pegawai dari Jemaah Pemeriksa Lombong Queensland kini berada di lokasi dan sedang menyiasat punca kejadian. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!