Pesuruhjaya Pas Terengganu dilantik semula Ahli Dewan Negara

Husain Awang
Husain Awang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang dilantik semula sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili Terengganu dalam tempoh tiga tahun.

Cadangan pelantikan itu dikemukakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan telah dipersetujui sebulat suara oleh seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Persidangan DUN pada Rabu.

Ahmad Samsuri turut menzahirkam ucapan penghargaan dan berharap agar Pesuruhjaya Pas itu dapat memainkan peranan sebaik mungkin bagi mewakili Terengganu ke peringkat pusat.

"Kita harap pelantikan semula beliau dapat memberikan sumbangan terhadap agama, negara dan negeri," katanya.

Sebelum ini, Husain, 75, telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun sejak 2018 hingga 2021.

Beliau juga dilantik sebagai Yang Dipertua DUN Terengganu pada 1999 hingga 2004 selepas Pas mengambil alih pemerintahan Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-10 (PRU10).

Bapa kepada sepuluh anak itu adalah bekas pensyarah di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini UniSZA) dan Kolej Islam Klang, Selangor.

Beliau juga pernah menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Islam Madinah pada 1970 hingga 1973.

Artikel Berkaitan: