JDT dapat laluan mudah

Undian Piala Malaysia.
Undian Piala Malaysia.
A
A
A

JUARA bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula pada 25 September ini.

Skuad kendalian Benjamin Mora itu mendapat laluan mudah selepas diundi dalam Kumpulan D bersama PJ City FC, Sabah FC dan pasukan di tangga keempat Liga Premier dalam majlis undian yang diadakan pada Rabu.

Kumpulan C pula menyaksikan Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) diundi bersama Melaka United, juara Liga Premier sama ada Negeri Sembilan atau Sarawak United dan pasukan tangga kelima Liga Premier.

Dalam pada itu, tumpuan sudah tentu tearah kepada saingan di Kumpulan B yang diklasifikasikan sebagai kumpulan maut dengan Terengganu FC, Selangor FC, Perak FC dan pasukan tangga ketiga Liga Premier diundi dalam kumpulan tersebut.

Manakala, kumpulan A akan menyaksikan pertembungan pasukan tangga ketiga Liga Super, Penang FC yang diundi bersama KL City FC, Sri Pahang FC dan naib juara Liga Premier musim ini.

Kumpulan A - Penang FC, KL City FC, Sri Pahang FC, Naib Juara Liga Premier

Kumpulan B - TFC, Selangor FC, Perak FC, Tangga Ketiga Liga Premier

Kumpulan C - KDA FC, Melaka United, Juara Liga Premier, Tempat Kelima Liga Premier

Artikel Berkaitan:

Kumpulan D - JDT, PJ City FC, Sabah FC, Tempat Keempat Liga Premier