19,495 kes baharu hari ini, Sarawak tertinggi dengan 4,709 kes

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 19,495 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, meningkat berbanding 15,699 kes pada semalam (Selasa).

Pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,030,935 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 4,709 kes disusuli Selangor (2,710) dan Sabah (2,015).

Lima negeri pula mencatatkan kes baharu melebihi 1,000 iaitu Johor dengan 1,860 kes, Pulau Pinang (1,757), Kelantan (1,434), Kedah (1,178) dan Perak (1,174).

Negeri-negeri lain merekodkan kes di bawah empat angka adalah Terengganu (993), Pahang (766), Kuala Lumpur (363), Negeri Sembilan (222), Melaka (190), Perlis (108) dan Putrajaya (16) manakala Labuan sifar kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital Covid-19 di seluruh negara setakat Selasa adalah 81 peratus daripada 1,520 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 74 peratus daripada 17,133 katil.

Artikel Berkaitan: