Agih makanan gelandangan di tempat disediakan: DBKL

DBKL mengingatkan orang awam supaya agihan makanan kepada gelandangan dilakukan di tempat yang disediakan bagi mengelak pembaziran.
DBKL mengingatkan orang awam supaya agihan makanan kepada gelandangan dilakukan di tempat yang disediakan bagi mengelak pembaziran.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Individu, persatuan atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin memberikan makanan kepada gelandangan diminta membuat agihan tersebut di tempat disediakan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya mendapati masih terdapat pihak membuat agihan makanan di kawasan awam di sekitar ibu kota.

Menurut kenyataan itu, tindakan tersebut menimbulkan pelbagai risiko seperti isu keselamatan, kebersihan dan pembaziran.

"Penyumbang yang budiman, anda boleh hubungi petugas DBKL untuk menyelaraskan jadual agihan supaya lebih teratur, selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," menurut kenyataan itu pada Selasa.

Menurut DBKL, pihaknya telah menyediakan dua lokasi bagi urusan agihan makanan iaitu di Medan Tuanku dan Chow Kit di sini.

April lalu, DBKL telah mengeluarkan arahan larangan mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar pusat bandar raya.

Larangan itu bagi mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran selain mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: