Bersih 2.0 lancar Kempen Ketuanan Pengundi

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kempen Ketuanan Pengundi sempena Hari Demokrasi Antarabangsa, pada Rabu.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kempen Ketuanan Pengundi sempena Hari Demokrasi Antarabangsa, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kempen Ketuanan Pengundi sempena Hari Demokrasi Antarabangsa, pada Rabu.

Pengerusinya, Thomas Fann berkata, kempen utama itu akan berlangsung sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk perbahasan di peringkat nasional demi kepentingan para pengundi.

Menurutnya, sejak PRU pada 2018, negara telah menyaksikan peningkatan komplot politik antara parti dan ahli-ahli Parlimen yang berpaling tadah selepas PRU14. “Permainan sentimen agama dan kaum dalam kalangan ahli politik terhadap beberapa insiden dan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas 22 bulan yang disusuli enam kerajaan negeri.

“Selepas itu, percubaan terdesak kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memegang tampuk kuasa pemerintahan melalui penggantungan Parlimen dan deklarasi Darurat, sehinggalah peletakan jawatan Muhyiddin serta pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ketiga dalam tempoh tiga tahun selepas PRU14.

“Semua gerakan politikus ini, menafikan kebajikan serta hak rakyat, kita hanya dapat menonton sementara ahli-ahli politik beradu kuasa walaupun Covid-19 di luar kawalan.

"Bahkan, jutaan hilang punca mata pencarian akibat sekatan pergerakan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen Ketuanan Pengundi secara maya pada Rabu, yang turut disertai ucapan sokongan pada kempen oleh badan-badan bukan kerajaan dan badan pemikir.

Jelas Thomas, sudah sampai masanya rakyat menegaskan semula ketuanan dalam demokrasi berparlimen agar wakil rakyat bekerja untuk rakyat semula.

Artikel Berkaitan:

Thomas Fann
Thomas Fann

Kempen Ketuanan Pengundi katanya, membawa semua pembaharuan penting dalam enam tuntutan untuk memperkasakan hak pengundi sekali gus meratakan padang permainan politik kepada semua parti.

Enam tuntutan itu meliputi jangan nafi undi kami, hentikan lompat parti, jaminkan autonomi Parlimen, hak kami untuk membantah, tolak dua darjat serta perkasakan suara pembayar cukai.

“Jangan nafi undi kami melibatkan isu reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya, Undi18, daftar pemilih automatik dan peluasan undi tidak hadir kepada pengundi luar kawasan manakala hentikan lompat parti membabitkan isu pilihan raya pecat, peruntukan pembangunan kawasan yang saksama, reformasi pelantikan jawatan syarikat berkaitan kerajaan.

“Jaminkan autonomi Parlimen pula kita menuntut untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen, lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan pindaan Peraturan Mesyuarat manakala bagi hak kami untuk membantah melibatkan tuntutan hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan serta IPCMC Akta Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

“Kita juga menuntut untuk tolak dua darjat membabitkan isu kesetaraan undang-undang, reformasi Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, reformasi lantikan pegawai utama kerajaan dan kebebasan kehakiman.

“Selain itu, kita menuntut untuk memperkasakan suara pembayar cukai dengan menggalakkan demokrasi tempatan, belanjawan partisipatori dan desentralisasi yang lebih baik,” ujar beliau.