Sampel pencemaran tali air, Sungai Tawakal dihantar ke jabatan kimia

Anggota JAS Johor sedang mengukur paras kandungan pencemaran dalam udara di Kampung Baru Sri Aman pada Rabu.
Anggota JAS Johor sedang mengukur paras kandungan pencemaran dalam udara di Kampung Baru Sri Aman pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesan tiga bahan kimia yang berada di udara dan tali air Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas.

Pengarahnya, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pihaknya masih belum dapat mendedahkan ketiga- tiga bahan kimia terbabit memandangkan sampel pencemaran yang diambil di tali air dan Sungai Tawakal perlu dianalisis serta disahkan oleh Jabatan Kimia.

"Sampel kimia berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jayat atau Melaka bagi mendapatkan bacaan tepat berhubung kandungan sisa kimia yang dikesan di tali air dan sungai berkenaan.

"Disebabkan Jabatan Kimia di Johor kini sedang menjalani proses pengubahsuaian, sampel terbabit dihantar ke Petaling Jaya atau Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas, di sini, pada Rabu.

Ditanya sama ada sisa kimia terbabit berbahaya kepada orang awam, Mohd Famey menjelaskan, hanya sisa kimia dalam kuantiti yang besar akan memberi kesan kepada penduduk seperti insiden malam tadi.

"Hujan lebat malam semalam berjaya membersihkan pencemaran udara di kampung ini serta sisa kimia yang terdapat di tali air dan Sungai Tawakal juga didapati sudah mengalir dibawa air.

"Kandungan bahan kimia yang banyak akan memberi kesan pada kesihatan pada orang awam, namun keadaan terkawal dan selamat, berikutan kesan sisa kimia itu semakin berkurangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam kenyataan pada Rabu berkata, JAS telah melakukan pemantauan teliti berhubung kualiti udara dan air yang disebabkan oleh tumpahan bahan kimia di Kampung Baru Sri Aman, Kempas.