X

Kindly register in order to view this article
!

Lukaku muncul wira Chelsea apabila meledak gol tunggal ketika menewaskan Zenit St Petersburg di Stamford Bridge. FOTO: Chelsea FC
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan pembelian Romelu Lukaku merupakan pelaburan berbaloi buat The Blues apabila terus mencipta aura kemenangan buat kelab London tersebut.

Malah menurut Tuchel, bekas tonggak Inter Milan itu terus memainkan peranan penting dalam memacu bahagian depan Chelsea ketika buntu memecahkan jaringan dalam perlawanan itu.

“Sejujurnya ia merupakan jaringan terbaik Lukaku apabila bijak menyempurnakan hantaran Azpilicueta setelah Chelsea berdepan corak permainan defensif pasukan lawan.

“Ini adalah antara faktor menyebabkan Lukaku bersama Chelsea, kerana dia suka menjaringkan gol malah jaringannya hadir ketika kelab amat memerlukan jaringan seperti dalam perlawanan ini,” ujar pengendali dari Jerman itu yang mengambil alih The Blues daripada Frank Lampard pada Januari.

Chelsea yang tampil dengan reputasi juara bertahan sebelum itu bergelut untuk menewaskan kelab Rusia, Zenit St Petersburg 1-0 hasil jaringan Lukaku pada minit ke-69 ketika menyingkap tirai saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge awal pagi Rabu.

Jaringan keempat sejak menyertai Chelsea itu sekaligus membuktikan Lukaku merupakan antara aset penting untuk kelab musim ini dalam perlawanan peringkat berintensiti tinggi buat anak buah Tuchel selepas menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Mei lalu.

Untuk rekod, Lukaku kembali ke Chelsea dengan rekod perpindahan kelab dilaporkan bernilai £97 juta (RM567 juta) dari Inter Milan, tujuh tahun selepas kali pertama pemain Belgium berkenaan tiba di London.

Lukaku sebelum itu adalah watak penting Inter meraih gelaran pertama Serie A selepas 11 tahun, bagaimanapun masalah kewangan yang melanda kelab gergasi Itali itu memaksa penjualan Lukaku ke The Blues.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!