Azalina syor Peguam Negara dilantik sebagai Menteri Undang-undang

Azalina
Azalina
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan disyorkan agar mempertimbangkan cadangan supaya Peguam Negara dilantik sebagai Menteri Undang-undang.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata, asas kepada cadangan itu dibuat bagi membolehkan Peguam Negara hadir ke Dewan Rakyat bagi menjawab isu-isu berkaitan perundangan.

Jelasnya, cadangan tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana pelantikan sama pernah dibuat sebelum ini.

"Saya nak cadangkan kepada kerajaan, kalau Menteri Undang-undang boleh respons, bahawa kita pernah mempunyai seorang menteri kabinet, yang juga Peguam Negara iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusof dan Tan Sri Hamzah (Abu Samah).

"Jadi sekurang-kurangnya Peguam Negara boleh datang ke Dewan dan menjawab semua soalan berkaitan undang-undang.

"Tak payah menteri menunggu masa dan memberi jawapan secara bertulis, yang kadang-kadang lengkap dan kadang-kadang tidak," katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Azalina turut mengulangi gesaan supaya fungsi dan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya perlu dipisahkan.

Katanya, ia bagi menjamin aspek keadilan dan memenuhi prinsip keluhuran undang-undang serta mengelakkan berlakunya percanggahan kepentingan.

Artikel Berkaitan:

"Saya membuat cadangan dan teguran ini supaya kita terima hakikat bahawa kuasa (Pendakwa Raya) mendakwa adalah kuasa yang begitu besar.

"Kita tidak mahu Peguam Negara kita dilihat mempunyai persepsi tekanan politik (apabila menjalankan pendakwaan)," katanya.