75 peratus rakyat Kelantan lengkap vaksin dos pertama

Pelbagai cara dilakukan oleh pihak JKNK termasuk membawa vaksin menaiki feri meredah Sungai Kelantan bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Pelbagai cara dilakukan oleh pihak JKNK termasuk membawa vaksin menaiki feri meredah Sungai Kelantan bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan sebanyak 75 peratus penduduk di negeri ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 untuk dos pertama setakat ini.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, peratusan itu berpandukan kepada data bancian penduduk yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan bagi tahun 2010 lalu.

"Melihat kepada tinjauan yang dijalankan di kawasan-kawasan kampung di seluruh negeri ini, kita dapati kebanyakan mereka sudah menerima suntikan vaksin," katanya kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Rabu.

Dr Zaini sebelum itu menerima sumbangan 14 unit ‘oxygen concentrator' daripada Firma Guaman Afiq & Co yang diwakili oleh Afiq Farhan Mohd Hanifa.

Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata, bukan itu sahaja penduduk Kelantan yang berada di perantauan juga dilihat sudah menerima suntikan vaksin di tempat dan lokasi mereka berada.

Beliau berkata, bagaimanapun JKNK akan menyemak semula data-data tersebut untuk mendapatkan maklumat tepat berhubung perkara tersebut.

Dr Zaini berkata, pihaknya juga akan turun padang bersama agensi kerajaan yang lain termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penghulu kampung untuk membuat semakan sama ada masih terdapat rakyat yang masih belum menerima suntikan.

"Kita terima banyak bekalan vaksin ketika ini dan pihak kami akan berusaha memastikan semua penduduk Kelantan mendapat suntikan itu," katanya.

Artikel Berkaitan: