X

Kindly register in order to view this article
!

Selangor sedia 50,000 dos vaksin untuk SelVax bergerak

Selangor sedia 50,000 dos vaksin bergerak di beberapa kawasan di negeri ini.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan 50,000 dos vaksin sempena Program Vaksin Selangor (SelVax) secara bergerak di beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program itu bermula sepanjang minggu ini.

"Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan dan akan diteruskan," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau pada Rabu.

Amirudin berkata, beberapa golongan layak menerima vaksin secara bergerak bagi memastikan rakyat di negeri ini mencapai imuniti kelompok.

"Antara mereka yang menerima manfaat ialah warga emas, mereka yang masih belum menerima vaksin kerana tidak mempunyai pengangkutan serta warga asing," katanya.

Sebelum ini, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan serta Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan negeri bersedia menambah dos vaksin sekiranya program berkenaan terus mendapat permintaan.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ahli Parlimen diminta untuk menjadi tuan rumah serta menyediakan senarai individu yang akan menerima vaksin pada hari program dilaksanakan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!