X

Kindly register in order to view this article
!

Pembangkang gesa kaji semula polisi permohonan ke SBP

Sivarasa (tengah) ketika sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.
A
A

KUALA LUMPUR - Lima ahli Parlimen pembangkang menggesa supaya polisi yang tidak membenarkan pelajar-pelajar dari Sekolah Rendah Agama (SRA) dan sekolah vernakular membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dikaji semula.

Ahli Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah berkata, kajian semula itu perlu sejajar dengan pendidikan inklusif dan dasar pendidikan kebangsaan yang bertujuan mengutamakan prinsip akses pendidikan untuk semua.

Justeru katanya, adalah penting dan relevan polisi itu dikaji semula terutamanya bagi memberi peluang terutamanya kepada kumpulan B40.

"Dasar yang diamalkan sekarang ini bercanggah dengan pendidikan inklusif kerana ia mendiskriminasikan ribuan pelajar daripada pelbagai kaum yang belajar di sekolah vernakular untuk memohon ke SBP.

"Jika diperhatikan dengan teliti, sistem pendidikan kini merangkumi lebih daripada 1,300 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), lebih daripada 500 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan lebih kurang 130 SRA di seluruh negara.

"Dasar ini secara langsung menutup peluang pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan kepada warganegara hanya kerana mereka memilih untuk belajar di aliran sekolah yang berbeza," katanya pada sidang akhbar di Parlimen pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kulai yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom dan Ahli Parlimen Batu Gajah, Sivakumar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!