X

Kindly register in order to view this article
!

Tajuddin pengerusi baharu BBC, Khairuddin timbalan

Tajuddin dan Mohd Khairuddin
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Tajuddin dilantik mengisi jawatan itu menggantikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dalam kabinet kerajaan Persekutuan.

Beliau yang mengesahkan perkara itu ketika ditanya Bernama turut memaklumkan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai Timbalan Pengerusi.

Tajuddin berkata, Kelab Penyokong Kerajaan itu kini akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia (BBC Kerajaan Malaysia).

Sebelum ini, ketika diterajui Shahidan ia dikenali sebagai Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PNBBC).

Shahidan dilantik sebagai Pengerusi PNBBC pada Mei 2020, manakala Timbalan Pengerusi ketika itu disandang Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!