1,380 tahanan Palestin rancang mogok lapar

Empat tahanan Palestin berjaya larikan diri dari Penjara Gilboa, Israel pada 6 September lalu. - Foto Reuters
Empat tahanan Palestin berjaya larikan diri dari Penjara Gilboa, Israel pada 6 September lalu. - Foto Reuters
A
A
A

RAMALAH - Hampir 1,400 tahanan Palestin yang dipenjarakan di Israel akan melakukan mogok lapar bagi membantah situasi buruk di jel masing-masing, kata Pihak Berkuasa Palestin pada Selasa.

Sejumlah tahanan yang berang dengan keadaan itu telah bertindak memulakan kebakaran di beberapa buah jel.

Menurut Ketua Suruhanjaya Untuk Tahanan-tahanan Palestin yang berada di bawah Pihak Berkuasa Palestin, Qadri Abu Bakar kepada AFP, keadaan di jel-jel di Israel amat buruk menyebabkan mereka bertindak untuk mengadakan mogok lapar.

Beliau berkata, kira-kira 1,380 daripada lebih 4,000 tahanan Palestin akan mengadakan mogok itu pada Jumaat ini.

Qadri memberitahu, rundingan dengan pihak berkuasa Israel dengan wakil para tahanan tersebut juga tidak mempunyai sebarang perkembangan buat masa ini.

Mogok itu dijangka diadakan pada Jumaat selepas kejadian enam tahanan Palestin berjaya melarikan diri dari Penjara Gilboa, utara negara haram tersebut yang mempunyai kawalan keselamatan ketat pada 6 September lalu.

Artikel Berkaitan: