X

Kindly register in order to view this article
!

Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar

A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan seorang pensyarah kanan sebuah universiti awam kerana disyaki menyalah guna kuasa memberi kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada kakak kandung dan abang iparnya.

Wanita bergelar doktor berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi Selasa di Pejabat SPRM Putrajaya.

Kontrak tersebut ialah projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelenggaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Bagaimanapun, pensyarah berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan petang Selasa.

Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya, Mohd Anuar Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, namun enggan mengulas lanjut.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!